Pages

Wednesday, February 16, 2011

Selamat hari lahir, sahabat





Assalamualaikum. Selamat hari lahir, sahabat. Jika dahulu, setiap kali tanggal 16hb Februari, pastinya ramai yang mengucap selamat kepadamu. Ada yang menyambut bersamamu. Tak kurang yang mendoakanmu semoga panjang umur. Hari ini, hari lahirmu. Yang selalunya saat yang paling ditunggu tunggu oleh semua kawan kawan kita semua sebagai tanda merdeka. Dan hari ini, aku hanya tersenyum pahit. Tiada lagi ucapan selamat mahupun gelak tawa bersama keluarga dan rakan. Yang tinggal hanya ingatan yang terlalu kukuh kepadamu. Selalunya, aku akan nampak kau berjalan di hadapan kelasku tatkala cikgu mengajar kerana kau seorang pengawas yang pastinya baru selesai menjalankan tugas. Hari ini, tinggal bebayangmu. Jika dahulu, kau akan mendapat hadiah sama ada kad atau sebagainya, hari ini, kami semua hanya mampu membaca Surah Yasin untukmu. Ya, aku hampir menitiskan airmata ketika membacanya tadi. Terlalu sebak dadaku pabila menyiram air di pusaramu. Oh, ya! Test dah makin dekat. Aku tahu, kalau masa dekat dekat exam, mesti kau struggle sangat sangat kan. Hingga akhir hayat kau pun, masih memikirkan soal pelajaran. Kau rajin, bijak. Solehah, aku rindu. Rindu tengok kau berlari lari mengejar bola sama ada ketika latihan hoki atau bola baling. Rindu tengok kau jaga time perhimpunan. Rindu tengok kau lalu depan kelas aku sambil bawa buku yang banyak. Aku sentiasa doakan kau tenang di sana, sahabat. Sentiasa. Terasa sungguh bila kau tiada. Aku tahu Allah lebih menyayangimu. Tenanglah kau di sana.

Solehah Mokhtar.
16-02-1994/6 Ramadhan 1414Hijrah
16-08-2010/6 Ramadhan 1431Hijrah