Pages

Friday, March 16, 2012

Kehidupan.

Assalamualaikum.

Puhh puhhh! Bukan berhabuk bersawang je. Ini dah sampai berkulat bercendawan. Cendawan goreng, sedapnya :D Eh, hello kepada yang sudi membaca. Maaf kerana sudah lama buat buat lupa yang saya ada blog. Kesibukan bekerja dan masa yang amat terhad membuatkan saya kurang bersosial di laman sosial. Umum sedia maklum, pada 15 Disember 2011 saya telah mendapat pekerjaan sebagai Kitchen Staff di Pizza Hut Selayang. Oleh kerana jadual yang tidak menentu dan keletihan, saya memutuskan untuk melupakan blog saya buat seketika. Tapi kini saya kembali :D

Saya akui bahawa saya amat merindui zaman persekolahan di mana saya tidak perlu fikir tentang pihak atasan dan sebagainya. Tugas semasa bergelar pelajar sekolah hanyalah belajar, menyiapkan kerja, mendengar kata guru dan menumpukan perhatian di dalam kelas. Tapi sekarang situasinya amat berbeza. Apa yang cikgu ajar di sekolah akan kita bawa hingga akhir hayat. Ada sebab kenapa cikgu mahu kuku pelajar sentiasa pendek. Ada alasan kenapa cikgu suruh pelajar masukkan baju di dalam seluar. Ahh, zaman persekolahan~

Pengalaman bekerja selepas tamat SPM adalah satu pengalaman yang cukup berharga dalam hidup saya. Itu satu yang saya akui. Saya belajar cara memotong sayur, memasak, mencuci, membuat air, mengambil pesanan, cara melayan pelanggan mengikut prosedur dan sebagainya. Di sini juga saya belajar erti kesusahan dan keperitan dalam hidup. Bagaimana letihnya mencari duit yang halal. Saya belajar bagaimana untuk memahami dunia luar. Dunia yang baru saya tempuhi.

Apa yang boleh saya katakan, bekerja di Pizza Hut Selayang bukanlah satu penyesalan tetapi satu peluang dan pengalaman terindah dalam hidup saya. Walaupun penat, tapi hakikatnya di sini banyak mengajar saya. Berkawan biar beribu tetapi jangan mudah untuk menyayangi.

SIC- Edi Saiful
Shift Manager- Idris
Shift Manager- Fahtein

BOH- Uncle, Raj, Azizul, Kak Ainnur, Ummi.
FOH- Abg Sem, Azmera, Nurul, Azian, Adli, Ira.
Rider- Uncle Rajan, Abg Zam, Khai, Abg Fadil, Hairul, Naqiuddin, Izwan, Helmy, Fahmi.