Pages

Monday, May 16, 2016

Penunggu Setia

Aku bukan lagi anak kecil yang membawa beg roda ke sekolah berbekalkan sehelai not biru
Aku juga bukan lagi remaja yang pentingkan waktu bersama kawan di Selayang Mall.
Meniti jalan ke alam dewasa, terlalu banyak jatuh bangun yang aku lalui.
Cikgu,
Aku tidak mahu melafaz ungkapan "Kau seperti lilin yang membakar diri"
Kau penunggu setia di pondok itu
Hari demi hari menanti anak-anakmu datang untuk menyemai ilmu
Kau guru, mampu mendidik setiap manusia di seluruh jagatraya
Tika ruap subuh membias bumi,
Saat terik mentari,
Di remang cahaya senja,
Di keheningan malam,
Kau tetap sedia.
Cikgu,
Menggapai usia dewasa ini,
Aku kian sedar.
Yang menemani aku hingga tua nanti
Hanya ilmu yang kau bekal.
Cikgu,
Maafkan aku kiranya kau semakin terasing
Ratusan anakmu masih mengejar impian.
Pencintamu yang setia ini akan kembali
Mendakap wajah yang pernah aku lukai.


Selamat Hari Guru buat semua pendidik yang tidak pernah jemu menyuap segala ilmu.
Helaian ini buat semua pendidik, khasnya, pendidik dari PASTI Ummul Aiman, Tadika Titian Kasih, SK Selayang Utaman, SAR At-thoyyibin, SMK Ideal Heights, SJ Edu Pro, Brickfields Asia College dan Management and Science University.

Terima kasih, cikgu.
Guru Pembina Negara Bangsa.