Pages

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru, Pendidik!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum :)




Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru di Malaysia dan dunia :D
Hmm, semula semula.

Dalam kita mengejar cita dan impian, jangan dilupa pengorbanan insan insan di sebalik kejayaan kita. Insan yang takpernah mengharapkan balasan dan wang ringgit tetapi kejayaan kita yang menjadi kebanggaan mereka. Insan yang takpernah mengenal erti lelah. Insan yang mengerah tenaga, keringat dan masa hanya untuk mendidik anak anak bangsa supaya menjadi manusia berguna. Membentuk jati diri yang mulia. Menjadikan anak anak bangsa perintis yang gemilang.

You guided me when I was lost, you supported me when I was weak, you have enlightened me all through.. For your patience and caring, kind words and sharing, I just want to say 'Thank You'! Through your encouragement and guidance, I feel I'm ready for tomorrow's challenge. Thank you for being such a great teacher for me. Thanks for everything, cikgu :)

Didedikasikan kepada semua guru di Malaysia terutama guru guru yang mengajar di Tadika Titian Kasih, SK Selayang Utama, SMK Ideal Heights dan SJ Edu Pro. Terima kasih kerana mengajar saya bukan sahaja tentang peredaran darah, Allah S.W.T dan Nabi Muhammad, Perjanjian Pangkor 1874, language, komsas, gamma ray, magnesium trisilicate, number base dan vector tetapi mengajar erti kehidupan. Erti sebuah kehidupan dan perhubungan. Terima kasih, cikgu :)

-Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara-

Seperti lilin
Sewaktu waktu akan cair
Gugur lalu membeku
Sepi pun datang menutup pandang
Tinggallah waktu
Mengakhiri sejarah panjangnya

Seperti engkau
Sewaktu waktu penyuluh hidupku
Betapa dalam kegelapan maya
Engkau perkenalkan daku dengannya
Suria dan bintang cakerawala
Sehingga seluruh jagatraya ini
Tiba-tiba menjadi milikku

Kehadiranmu adalah suatu fitrah
Lepas itu, engkau kutinggalkan
Kukira engkau kesepian kini
Mengakhiri sisa-sisa hidupmu
Tanpa belaian kasih
Ratusan anak-anakmu
Yang telah engkau berikan obor

Dan pagi ini kudakap wajahmu dalam kenangan
Seorang anak yang pernah engkau lukai
Kini pencintamu paling setia
Sehingga ke akhir hayat.

Zam Ismail
Seremban
1985.

Tuesday, May 3, 2011

Salam Takziah Buat Encik Roslan Daud

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum:)

Setiap yang hidup pasti akan mati. Dan sememangnya itu adalah ketentuan Yang Maha Esa. Tiada siapa dapat meramalkan bilakah malaikat maut bakal menjemput mereka. Tiada siapa akan mengetahui terlebih dahulu pada waktu bilakah ventrikel kiri mereka berhenti mengepam darah. Tiada siap yang tahu bila tarikh, waktu, jam, masa, minit dan saatnya roh mereka dipisahkan dari jasad yang sentiasa bersama.

Kun, Fayakun! Jadi, maka jadilah! Tiada satu makhluk pun yang boleh menolaknya. Sabtu lepas, tepat jam 12 malam, Puan Rosiah Karim iaitu ibu kepada Encik Roslan Daud telah kembali kepada Sang Pencipta. Meninggalkan keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan segalanya. Insan ini menghadap Ilahi dan pergi dengan tenang. Kalau tidak silap, Arwah memang bertarung dengan sakit. Tapi saya sendiri tidak pasti sakit apa yang dihidapinya. Tetapi, setidaknya Arwah tidak lagi menanggung sakitnya itu. Bebas.

Saya sememangnya tidak mengenali Arwah. Tapi saya yakin Arwah seorang yang sangat baik dan lembut. Berjaya mendidik anaknya iaitu bekas guru praktikal dan guru ganti di sekolah saya dan masih menjadi guru saya, Encik Roslan Daud. Seorang guru yang disayangi oleh semua warga sekolah kerana tingkahnya.

Sebak saya membaca nota dan status Encik Roslan di rangkaian sosial Facebook. Betapa dia menyayangi Arwah ibunya. Dan kita yang masih punya ibu, pernahkah rasa menyesal atas perbuatan kita masa lalu? Adakah ibu kita terluka hatinya?

Kepada Encik Roslan Daud, salam takziah buat cikgu sekeluarga. Semoga cikgu tabah menghadapi ujian-NYA. Semoga roh ibunda tercinta dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang orang yang beriman.

Al-Fatihah buat Arwah Puan Rosiah Karim...