Pages

Tuesday, May 3, 2011

Salam Takziah Buat Encik Roslan Daud

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum:)

Setiap yang hidup pasti akan mati. Dan sememangnya itu adalah ketentuan Yang Maha Esa. Tiada siapa dapat meramalkan bilakah malaikat maut bakal menjemput mereka. Tiada siapa akan mengetahui terlebih dahulu pada waktu bilakah ventrikel kiri mereka berhenti mengepam darah. Tiada siap yang tahu bila tarikh, waktu, jam, masa, minit dan saatnya roh mereka dipisahkan dari jasad yang sentiasa bersama.

Kun, Fayakun! Jadi, maka jadilah! Tiada satu makhluk pun yang boleh menolaknya. Sabtu lepas, tepat jam 12 malam, Puan Rosiah Karim iaitu ibu kepada Encik Roslan Daud telah kembali kepada Sang Pencipta. Meninggalkan keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan segalanya. Insan ini menghadap Ilahi dan pergi dengan tenang. Kalau tidak silap, Arwah memang bertarung dengan sakit. Tapi saya sendiri tidak pasti sakit apa yang dihidapinya. Tetapi, setidaknya Arwah tidak lagi menanggung sakitnya itu. Bebas.

Saya sememangnya tidak mengenali Arwah. Tapi saya yakin Arwah seorang yang sangat baik dan lembut. Berjaya mendidik anaknya iaitu bekas guru praktikal dan guru ganti di sekolah saya dan masih menjadi guru saya, Encik Roslan Daud. Seorang guru yang disayangi oleh semua warga sekolah kerana tingkahnya.

Sebak saya membaca nota dan status Encik Roslan di rangkaian sosial Facebook. Betapa dia menyayangi Arwah ibunya. Dan kita yang masih punya ibu, pernahkah rasa menyesal atas perbuatan kita masa lalu? Adakah ibu kita terluka hatinya?

Kepada Encik Roslan Daud, salam takziah buat cikgu sekeluarga. Semoga cikgu tabah menghadapi ujian-NYA. Semoga roh ibunda tercinta dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang orang yang beriman.

Al-Fatihah buat Arwah Puan Rosiah Karim...


No comments:

Post a Comment