Pages

Wednesday, July 6, 2011

Kawan? Ya, kawan.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum :)
Kawan? Kawan tu apa? Sejenis makanan yang kalau kita masak je kita mati? Atau sejenis kain dibuat baju? Atau sejenis batu di jalanan hidup? Alahaii, apa erti kawan? Mari kita rungkaikannya bersama :D

Kawan itu bukan seperti main futsal.
Mula mula kerjar. Dah dapat, sepak.

Kawan itu bukan seperti main skate.
Mula mula gosok. Kemudian pijak.

Kawan itu bukan seperti main ragbi.
Mula mula tangkap. Dah dapat, tendang.

Kawan itu bukan lampin.
Dah pakai, buang.

Kawan itu bukan barang kemas.
Waktu baru beli, pakai. Waktu sengkek, gadai.

Kawan itu bukan seperti sang pelangi.
Tika hari cerah, tiada. Hujan gerimis baru muncul.

Kawan itu bukan seperti kereta.
Rosak sikit, jual. Esok lusa beli baru.

Kawan itu bukan seperti chipsmore.
Sekejap ada, sekejap tidak.

Kawan itu bukan seperti bank.
Ketika sesak, baru pergi sana ambil duit.

Apa apa pun, persabahatan sentiasa menuntut pengorbanan. Tak kiralah dari segi apa. Masa, wang ringgit, tenaga, emosi dan banyak lagi. Tetapi, apakah balasan yang sepatutnya diperolehi dari seorang sahabat? Caci maki? Kata kata penghinaan? Atau meninggalkan sahaja sahabat itu?

Bagi saya, bergantung. Keadaan yang menentukannya. Jika pihak saya sering 'menang' atau menguasai hubungan persahabatan, tiada salahnya untuk mengalah. Beri sedikit peluang untuk menikmati persahabatan. Mengalah bukan bererti menyerah. Tapi mengalah demi sebuah persahabatan yang terlalu suci nilainya. Tapi, jika pihak saya sudah banyak bersabar atau sering beralah, pihak yang satu lagi harus diberi pengajaran yang sepatutnya. Saya tidak maksudkan dengan mengajak rakan yang lain membelasahnya atau memulaukannya. Reverse psychology adalah jalan terbaik.

Remaja selalunya bersifat memberontak. Memilih jalan mudah dengan meluahkan di laman sosial. Facebook contohnya, pengguna yang kebanyakannya remaja sering menjadikannya medium untuk melepaskan api kemarahan. Mengambil jalan pintas dengan menulis di dinding rakan sama ada memohon maaf mahupun melahirkan ketidakpuasan hati. Mana perginya nilai murni dan adab kita? Apalah salahnya berkomunikasi? Maksud saya, berkonfrontasi dan berdiskusi. Atau saya yang tersalah tafsir warna hidup remaja?

Tidak perlulah mencanang cerita ke seluruh pelusuk sekolah mahupun hostel bahawa anda sedang berperang emosi dan mulut dengan sipolan bin/binti sipolan. Sama jugalah dengan hubungan percintaan. Tidak perlu dijaja cerita hubungan anda dan pasangan. Kalau tidak salah, hubungan suami dan isteri juga tidak usah dijadikan perencah fikiran kolot jiran tetangga. Bagi orang kita, kurang manis jika cerita peribadi sampai ke telinga masyarakat.

Kembali kepada topik asal, seorang sahabat yang sejati tidak meminta apa apa balasan dunia mahupun akhirat. Tapi, setidak tidaknya, hormatlah hak dan pendirian orang lain juga. Mentanglah anda seorang remaja, boleh bertindak mengikut darah muda itu? Berfikir waras. Itu yang lebih baik dari sepuluh tindakan yang sia sia.

Sebagai remaja, saya mengerti setiap inci perasaan yang membuak buak di dada golongan ini. Berfikirlah untuk kedua kali. Mungkin pernah kita lakukan kekhilafan, tapi segeralah bermuhasabah diri. Besar atau kecil kesalahan itu, usah dijadikan isu. Yang perlu, memandang jauh kehadapan. Samalah juga dengan berselisih faham dengan sahabat. Bukan mudah untuk mencari musuh dan bukan susah untuk mencari teman. Ya, mengelirukan tapi percayalah, ini akan terjadi.

Sebagai contoh, hidup ber'geng'. Remaja selalu membahagi bahagikan rakan rakan dengan puak puak yang besar. Tidak kira di sekolah mahupun di IPTA/S. Golongan yang kaya, dengan setarafnya. Yang pandai, dengan rakan seulat buku dengannya. Yang bermulut lancang dengan teman yang pedas juga bahasanya. Yang ayu, dengan kumpulan jalan kaki terkepit kepitnya. Yang alim dengan barisan kawan yang malu dan terkadang takut mengeluarkan suara. Adakah silibus di sekolah mengajar untuk bertindak demikian? Pastinya tidak. Tapi mengapa ini berlaku di mana mana? Sedangkan dalam kem PLKN yang melatih jati diri juga ada berlaku perkara begini.

Bukan silap sesiapa tapi kita yang melatih diri secara tidak langsung. Melatih diri untuk duduk dalam zon selesa kita. Tak mahu bertukar angin. Bila hidup dalam kumpulan seperti ini, semakin besar faktor dan peluang untuk merenggangkan silaturrahim. Benar. Inilah yang berlaku. Ubahlah pendirian demi menjaga hati semua pihak :)


No comments:

Post a Comment