Pages

Friday, June 1, 2012

Pergilah Rindu...

Hai, assalamualaikum.

Rasa macam dah lama tinggalkan ruangan ini, tempat bermain di kala sunyi dulu. Baru kini berkesempatan meniliti setiap inci ruang kecil ini.  Semakin hari, diri semakin sibuk dengan urusan dunia. Membahagi masa untuk menyiapkan tugasan, menelaah itu dan ini, memikirkan masa depan yang tak menentu dan senyum untuk menutup segala rasa di hati.

Jujurnya, aku amat rindukan hidup aku lima bulan yang lepas. Hidup yang tak perlu fikirkan apa apa. Hidup untuk makan dan makan untuk hidup. Hidup yang mana aku hanya perlu fikir pukul berapa masuk kerja, pukul berapa balik kerja. Ya, memang kelihatan seperti tiada tujuan hidup tapi itu yang aku rindu. Aku rindu suasana persekitaran aku yang santai. Tiada tekanan. Bukan seperti sekarang.

Siapa kata hidup lepas sekolah sesuatu yang menyeronokkan? Siapa kata? Kamu kena berdikari. Sangat sangat berdikari. Takkan ada sesiapa yang akan bantu kamu - kalau ada pun mungkin satu dalam seribu. Masa sekarang nilah kamu akan nampak yang semua orang akan memijak sesama sendiri untuk sentiasa berada di atas.

Aku rindu semua orang yang berada di sekeliling aku. Orang orang yang sentiasa buat aku tersenyum dan gelak ketika aku sedang berduka. Yang mampu menghilangkan butiran airmata aku. Aku rindu setiap wajah yang menenangkan. Tapi aku harus belajar untuk melepaskan rindu ini. Pergilah rindu, usah kau bersarang dalam jiwa aku. Ohh, hipokritnya aku. Aku takkan dapat melawan perasaan sendiri. Aku tak sekuat itu.

Friday, March 16, 2012

Kehidupan.

Assalamualaikum.

Puhh puhhh! Bukan berhabuk bersawang je. Ini dah sampai berkulat bercendawan. Cendawan goreng, sedapnya :D Eh, hello kepada yang sudi membaca. Maaf kerana sudah lama buat buat lupa yang saya ada blog. Kesibukan bekerja dan masa yang amat terhad membuatkan saya kurang bersosial di laman sosial. Umum sedia maklum, pada 15 Disember 2011 saya telah mendapat pekerjaan sebagai Kitchen Staff di Pizza Hut Selayang. Oleh kerana jadual yang tidak menentu dan keletihan, saya memutuskan untuk melupakan blog saya buat seketika. Tapi kini saya kembali :D

Saya akui bahawa saya amat merindui zaman persekolahan di mana saya tidak perlu fikir tentang pihak atasan dan sebagainya. Tugas semasa bergelar pelajar sekolah hanyalah belajar, menyiapkan kerja, mendengar kata guru dan menumpukan perhatian di dalam kelas. Tapi sekarang situasinya amat berbeza. Apa yang cikgu ajar di sekolah akan kita bawa hingga akhir hayat. Ada sebab kenapa cikgu mahu kuku pelajar sentiasa pendek. Ada alasan kenapa cikgu suruh pelajar masukkan baju di dalam seluar. Ahh, zaman persekolahan~

Pengalaman bekerja selepas tamat SPM adalah satu pengalaman yang cukup berharga dalam hidup saya. Itu satu yang saya akui. Saya belajar cara memotong sayur, memasak, mencuci, membuat air, mengambil pesanan, cara melayan pelanggan mengikut prosedur dan sebagainya. Di sini juga saya belajar erti kesusahan dan keperitan dalam hidup. Bagaimana letihnya mencari duit yang halal. Saya belajar bagaimana untuk memahami dunia luar. Dunia yang baru saya tempuhi.

Apa yang boleh saya katakan, bekerja di Pizza Hut Selayang bukanlah satu penyesalan tetapi satu peluang dan pengalaman terindah dalam hidup saya. Walaupun penat, tapi hakikatnya di sini banyak mengajar saya. Berkawan biar beribu tetapi jangan mudah untuk menyayangi.

SIC- Edi Saiful
Shift Manager- Idris
Shift Manager- Fahtein

BOH- Uncle, Raj, Azizul, Kak Ainnur, Ummi.
FOH- Abg Sem, Azmera, Nurul, Azian, Adli, Ira.
Rider- Uncle Rajan, Abg Zam, Khai, Abg Fadil, Hairul, Naqiuddin, Izwan, Helmy, Fahmi.