Pages

Showing posts with label rindu. Show all posts
Showing posts with label rindu. Show all posts

Friday, January 22, 2016

Aku.

Belum tentu yang kau puja itu cinta
Belum tentu yang kau cinta itu benar.
Sayang,
Masihkah salah hati jika ia tidak pudar?
Masihkah salah kita jika sering bertengkar?
Tidak.
Masih kusiram taman hatimu yang layu dengan embun pagi agar ia segar
Masih tidak jemu aku mengusap wajahmu di dalam lenaku kerana realitinya aku tidak di sisi.
Masih aku alunkan suara jengkel ini ke telingamu agar tidak kau lupa sesaat padaku.
Sayang, aku tidak mampu bermewah
Aku tidak punya masa senggang
Celahan antara dua waktu yang membawa aku kepadamu.
Masih hingga kini.
Bantu aku untuk kita.
Setiap detik aku berdoa agar masa depan menjadi milik kita.
Semoga tidak tercaci perasaan si kerdil ini.

Thursday, January 21, 2016

Batu.

Seumur hidupku, tidak pernah sekalipun terlintas untuk menjalin hubungan.
Tidak setelah kepercayaan demi kepercayaan dikhianati
Tidak setelah diinjak, diherdik, dicaci.
Kupegang teguh janji itu.
Kau berjalan membawa bunga-bunga bahagia.
Kau cantum semula kelopak yang gugur ke tangkainya,
Aku yakin ada ruang untuk bahagia kita.
Kalaulah diperah segala keringat kau menahan lelah denganku,
Tidak ada empangan kan betah.
Sesekali badai menjengah,
Kau pertahan segala.
Terbit suatu rasa untuk aku pertahan cinta ini.
Apa?
Mendahulukan kebahagiaanmu
Kerana kau...
Kau yang aku sayang.
Tidak ada kata yang mampu diungkap
Tidak ada perkara di dunia mampu menafsir
Aku terkapai saat kau mahu berlalu pergi.
Aku sedar, cinta ini tidak layak buatmu.
Aku sedar, aku terlalu kerdil untuk menyayangimu.
Dengan kasih yang aku ada, aku serahkan jiwa ini.
Dengan kasih ini juga, aku cinta hingga saat terakhir.
Maafkan aku, sayang...
Cintaku tak mampu kau puja,
Cintaku tak layak untuk kau bermegah,
Cintaku hanyalah batu jalanan.

Sunday, September 6, 2015

Esok Masih Ada.

Cuba kau cerminkan kita.
Adakah terlukis bayang?
Aku berdiri di depan cermin.
Mencari refleksi
Kusentuh wajahmu, kaku
Di mana perginya kemanisan yang sering kau pamerkan?
Itu yang aku rindu
Terlalu sarat rindu yang berlabuh di pinggir jiwa ini
Menggigit segenap hati kecilku
Ke sini, sayang.
Aku perlu melafazkannya
Masih adakah esok untuk kita?
Jam terus berdetik, jarum terus berputar
Tanpa henti, tidak kehabisan bateri.
Kuingin rangkul jasadmu
Cinta ini masih ada
Masih mekar
Masih berbunga harum,
Takkan henti.
Ke sini, sayang.
Biar aku ucapkannya
Ke telingamu
Senafas cinta yang kupegang ini
Akan terus hidup.
Izinkan aku untuk terus di sini kerana
Esok masih ada.


2039, 6 September 2015
KPJ Tawakkal.

Wednesday, May 22, 2013

Terubah Satu Janji.

Seiring dengan waktu berlalu,
Kutahu engkau berubah.
Walaupun masih bumi berputar di atas paksinya
Walaupun langit sentiasa membiru
Walaupun sang suria masih bersinar riang.
Kau bukan yang dulu lagi
Bukan yang aku kenali
Bukan yang kumengerti.
Mungkinkah kerana kicauan burung?
Mungkinkah kerana deruan ombak?
Maafkan aku kiranya kerana aku, engkau berubah.
Di mana janji yang dulu terlafaz?
Janji yang melilit tangkai hati ini untuk terus menunggu
Janji yang pudar dimamah waktu
Janji yang kau lupakan.
Kucapai jam loceng
Menandakan aku harus pergi
Pergi dari hidupmu
Dan mungkin takkan kembali.
Aku akan pergi.
Satu masa nanti.
Selamat tinggal dia yang kurindu.

Friday, June 1, 2012

Pergilah Rindu...

Hai, assalamualaikum.

Rasa macam dah lama tinggalkan ruangan ini, tempat bermain di kala sunyi dulu. Baru kini berkesempatan meniliti setiap inci ruang kecil ini.  Semakin hari, diri semakin sibuk dengan urusan dunia. Membahagi masa untuk menyiapkan tugasan, menelaah itu dan ini, memikirkan masa depan yang tak menentu dan senyum untuk menutup segala rasa di hati.

Jujurnya, aku amat rindukan hidup aku lima bulan yang lepas. Hidup yang tak perlu fikirkan apa apa. Hidup untuk makan dan makan untuk hidup. Hidup yang mana aku hanya perlu fikir pukul berapa masuk kerja, pukul berapa balik kerja. Ya, memang kelihatan seperti tiada tujuan hidup tapi itu yang aku rindu. Aku rindu suasana persekitaran aku yang santai. Tiada tekanan. Bukan seperti sekarang.

Siapa kata hidup lepas sekolah sesuatu yang menyeronokkan? Siapa kata? Kamu kena berdikari. Sangat sangat berdikari. Takkan ada sesiapa yang akan bantu kamu - kalau ada pun mungkin satu dalam seribu. Masa sekarang nilah kamu akan nampak yang semua orang akan memijak sesama sendiri untuk sentiasa berada di atas.

Aku rindu semua orang yang berada di sekeliling aku. Orang orang yang sentiasa buat aku tersenyum dan gelak ketika aku sedang berduka. Yang mampu menghilangkan butiran airmata aku. Aku rindu setiap wajah yang menenangkan. Tapi aku harus belajar untuk melepaskan rindu ini. Pergilah rindu, usah kau bersarang dalam jiwa aku. Ohh, hipokritnya aku. Aku takkan dapat melawan perasaan sendiri. Aku tak sekuat itu.

Friday, June 18, 2010

Rindu Tak Bernoktah

Rindu...
Hanya itu yang mampu kuucapkan pabila merenung langit malam
Memerhatikan bintang yang bekerdipan dan bulan yang sedang tersenyum
Benar aku rindu
Setiap saat pasti aku terkenangkanmu
Terlalu sukar untukku melupakan keindahan wajahmu, senyumanmu
Terlalu perit untukku telan betapa pahitnya perpisahan yang tak pernah kupinta
Pernahkah kau rasa apa yang kurasa?
Rindu ini membuatku sengsara, derita
Percayalah, rinduku takkan pernah terpadam buatmu
Sayangku takkan pernah luntur dibasuh hujan perpisahan
Sehingga jantung ini berhenti berdegup...
Selamanya...





Thursday, April 8, 2010

Kau Segalanya....

Ku kenal dirimu
Bererti ku kenal makna rindu
Rindu yang membuatku di awang-awangan
Membawa aku ke dunia kealpaan
Ku kenal dirimu
Bererti ku kenal makna cinta
Cinta yang membuatku dibuai keasyikan
Membawa aku ke dunia angan-angan
Ku kenal dirimu
Bererti ku kenal makna duka dan lara
Duka yang menyakitkan
Lara yang memeritkan
Kini...
Aku sedar
Segala makna yang kau berikan adalah anugerah yang ku syukuri
Setiap degupan jantungku adalah milikmu.