Assalamualaikum.
Hai, mungkin saya sedikit ketinggalan ekoran keletihan semalam. Hari ini, ketika rehat kelas Public Law, saya memenuhi masa rehat tersebut dengan membaca susur masa Twitter. Mengejutkan apabila saya ternampak tweet Pizza Hut Malaysia memohon maaf kepada beberapa pengguna Twitter. Setelah saya membaca beberapa tweet yang menunjukkan kemarahan dan kecaman, saya terjumpa akaun Twitter seorang aktivis hak orang kurang upaya. Beliau menyatakan rasa tidak puas hati kerana beliau seolah olah didiskriminasikan oleh restoran Pizza Hut cawangan Mid Valley. Ini aduan Anthony Thanasayan.
Pada pendapat saya sebagai seorang yang pernah berkhidmat untuk Pizza Hut, adalah sangat tidak wajar sekiranya pengurus yang bertugas itu menyatakan bahawa adalah polisi syarikat untuk tidak membenarkan mereka yang berkerusi roda untuk mendapat servis dari pihak restoran. Sepanjang saya bekerja, belum pernah sekalipun pihak pengurusan restoran memaklumkan kepada saya bahawa golongan seperti ini tidak dibenarkan untuk makan di restoran melainkan dengan bangun dari kerusi roda dan berjalan seperti orang yang normal.
Pendapat saya sebagai seorang pelanggan, juga tidak patut Mr Anthony dilayan sebegitu. Selagi beliau datang untuk makan, membayar caj servis, membayar cukai, sepatutnya beliau dilayan seperti pelanggan yang lain.
Saya percaya ada penjelasan di sebalik apa yang berlaku. Saya kurang pasti tentang polisi yang dikatakan tetapi setahu saya, tiada polisi sedemikian. Saya kurang percaya tentang Area Manager, Ms Rozita yang memaklumkan pengurusnya untuk berkata sebegitu kepada pelanggan. Walaupun pernah bertemu muka hanya untuk 5 minit dengan Ms Rozita, saya yakin beliau tidaklah sebegitu kejam.
Sebagai pencinta pizza, untuk lebih tepat, Pizza Hut, saya amat kecewa dengan perkara yang berlaku. Bukan untuk memburukkan keadaan, tetapi tidak sangka akan menjadi isu. Acap kali saya perhatikan, baik di laman Facebook mahupun Twitter dan Instagram, rakyat Malaysia sering membuat aduan tentang servis yang diberikan oleh staf staf Pizza Hut. Sedih dengan semua ini kerana bagi saya sendiri, saya berusaha keras untuk memberi servis yang terbaik walaupun ketika hari sibuk.
Berbalik kepada aduan Mr Anthony, beliau telahpun ditemubual oleh pihak Astro Awani. Susur masa Twitter saya juga dibanjiri dengan kecaman daripada pengguna Twitter. Saya, secara peribadi berharap agar rakyat Malaysia tidak menuding jari menyalahkan pihak pengurusan Pizza Hut. Apa yang boleh saya katakan, kita sama sama tunggu berita selanjutnya dan tidak membuat kesimpulan yang berat sebelah.
Saya memohon maaf terlebih dahulu seandainya entri ini menyinggung mana mana pihak. Saya tidak menyalahkan sesiapa. Cuma saya pernah berada di tempat pengendali makanan lantas saya faham sedikit sebanyak apa yang mereka lakukan (tidak termasuk kes diskriminasi di atas). Saya juga pernah malahan selalu menjadi pelanggan. Saya berharap kebenaran akan terbukti bagi pihak Mr Anthony, Niq Ribiya (pengurus bertugas), Ms Rozita (Area Manager) dan pihak pengurusan Pizza Hut Malaysia.
Sama sama juga kita nantikan sidang akhbar esok, 30 Oktober 2013 pada jam 10.30 pagi di Lawyers for Liberty, Unit A-1-10, Block A, 8 Avenue, Jalan Sungai Jernih, 8/1 Seksyen 8, 46050, Petaling Jaya, Selangor.
No comments:
Post a Comment