Pages

Monday, September 7, 2015

Pertama.

Ingatkah lagi saat pertama bersua?
Aku datang kepadamu
Mencari seribu pengertian yang tiada pada yang lain
Mengharapkan sejuta perhatian
Aku datang menemuimu
Kerana sayang
Kerana kasih
Terlalu dalam buatmu, hanya kepadamu
Aku datang membelaimu
Membukti teguh kebal
Menafi yang harus disangkal
Jangan pernah kau tegah yang telah terpupuk
Jangan sesekali kau mengalah
Kerana khilaf yang tidak disengajakan
Kasih tak harus sempurna
Kerana kau cukup indah.
Setiap lenggok bicara,
Kelakuan,
Terlalu menawan.
Lembut sentuhanmu memanggilku
Manis bibirmu mendebarkanku
Petah lidahmu menyedarkanku
Tajam renunganmu menewaskan aku.
Tiada kata, sekadar renungan
Manja, menggoda
Berterusan setiap purnama.
Yakin pada detik itu, kau layak
Kuharus tagih cinta itu, kuharus cari perhatian darimu
Kau istimewa.
Teramat.
Tidak pernah rugi sedetik pun dari hidup ini untuk
Mencintai hatimu.

0026, 7 September 2015
Taman Bidara.

No comments:

Post a Comment