Pages

Thursday, January 21, 2016

Batu.

Seumur hidupku, tidak pernah sekalipun terlintas untuk menjalin hubungan.
Tidak setelah kepercayaan demi kepercayaan dikhianati
Tidak setelah diinjak, diherdik, dicaci.
Kupegang teguh janji itu.
Kau berjalan membawa bunga-bunga bahagia.
Kau cantum semula kelopak yang gugur ke tangkainya,
Aku yakin ada ruang untuk bahagia kita.
Kalaulah diperah segala keringat kau menahan lelah denganku,
Tidak ada empangan kan betah.
Sesekali badai menjengah,
Kau pertahan segala.
Terbit suatu rasa untuk aku pertahan cinta ini.
Apa?
Mendahulukan kebahagiaanmu
Kerana kau...
Kau yang aku sayang.
Tidak ada kata yang mampu diungkap
Tidak ada perkara di dunia mampu menafsir
Aku terkapai saat kau mahu berlalu pergi.
Aku sedar, cinta ini tidak layak buatmu.
Aku sedar, aku terlalu kerdil untuk menyayangimu.
Dengan kasih yang aku ada, aku serahkan jiwa ini.
Dengan kasih ini juga, aku cinta hingga saat terakhir.
Maafkan aku, sayang...
Cintaku tak mampu kau puja,
Cintaku tak layak untuk kau bermegah,
Cintaku hanyalah batu jalanan.

No comments:

Post a Comment