Aku bukan lagi anak kecil yang membawa beg roda ke sekolah berbekalkan sehelai not biru
Aku juga bukan lagi remaja yang pentingkan waktu bersama kawan di Selayang Mall.
Meniti jalan ke alam dewasa, terlalu banyak jatuh bangun yang aku lalui.
Cikgu,
Aku tidak mahu melafaz ungkapan "Kau seperti lilin yang membakar diri"
Kau penunggu setia di pondok itu
Hari demi hari menanti anak-anakmu datang untuk menyemai ilmu
Kau guru, mampu mendidik setiap manusia di seluruh jagatraya
Tika ruap subuh membias bumi,
Saat terik mentari,
Di remang cahaya senja,
Di keheningan malam,
Kau tetap sedia.
Cikgu,
Menggapai usia dewasa ini,
Aku kian sedar.
Yang menemani aku hingga tua nanti
Hanya ilmu yang kau bekal.
Cikgu,
Maafkan aku kiranya kau semakin terasing
Ratusan anakmu masih mengejar impian.
Pencintamu yang setia ini akan kembali
Mendakap wajah yang pernah aku lukai.
Selamat Hari Guru buat semua pendidik yang tidak pernah jemu menyuap segala ilmu.
Helaian ini buat semua pendidik, khasnya, pendidik dari PASTI Ummul Aiman, Tadika Titian Kasih, SK Selayang Utaman, SAR At-thoyyibin, SMK Ideal Heights, SJ Edu Pro, Brickfields Asia College dan Management and Science University.
Terima kasih, cikgu.
Guru Pembina Negara Bangsa.
Monday, May 16, 2016
Penunggu Setia
Labels:
cikgu,
hari guru,
idealian,
msu,
muka buku,
pengorbanan,
realiti,
smk ideal heights,
suarafee
Sunday, February 14, 2016
Kadang-kadang.
Kadang-kadang, kau kena mengalah dengan takdir. Jangan melawan. Lagi kau lawan, lagi kuat takdir memijak kau. Betul, kau mampu rancang perjalanan kau. Hebat mana pun, kalau rancangan itu bukan rezeki kau, takkan menjadi.
Kadang-kadang, kau tak perlu memaksa. Paksaan takkan mendatangkan keikhlasan. Kau kena sabar. Lembut juga kerak nasi jika dikenakan air. Memang kau manusia biasa. Sebab itu pentingnya bersabar.
Kadang-kadang, sesuatu yang kau rasa milik kau sebenarnya bukan milik kau. Walau kau puja siang malam. Walau kau belai setiap saat. Itu pentingnya kesedaran. Ukur baju di badan sendiri. Bukan di badan model.
Kadang-kadang, kau harap benda tu jadi A tapi jadi B. Kau hadaplah jalan B itu dengan hati terbuka. Mungkin jalan A tu ada buaya. Mungkin jalan B lagi mudah. Kau kena fikir positif.
Kadang-kadang, kau perlu ketawa sebab kalau kau menangis, tak ada orang pujuk. Apa kata kau gelak sama-sama dengan orang lain sebab bila kau gelak, kau boleh lupa sebab apa kau menangis.
Kadang-kadang, kau perlu diam sebab bila kau bercakap, semua akan jadi salah. Kata-kata boleh mengguris hati. Kalau diam, tak ada siapa akan sakit hati. Jadi, diamlah.

Friday, January 22, 2016
Aku.
Belum tentu yang kau puja itu cinta
Belum tentu yang kau cinta itu benar.
Sayang,
Masihkah salah hati jika ia tidak pudar?
Masihkah salah kita jika sering bertengkar?
Tidak.
Masih kusiram taman hatimu yang layu dengan embun pagi agar ia segar
Masih tidak jemu aku mengusap wajahmu di dalam lenaku kerana realitinya aku tidak di sisi.
Masih aku alunkan suara jengkel ini ke telingamu agar tidak kau lupa sesaat padaku.
Sayang, aku tidak mampu bermewah
Aku tidak punya masa senggang
Celahan antara dua waktu yang membawa aku kepadamu.
Masih hingga kini.
Bantu aku untuk kita.
Setiap detik aku berdoa agar masa depan menjadi milik kita.
Semoga tidak tercaci perasaan si kerdil ini.

cinta,
pengorbanan,
rindu,
suarafee
Thursday, January 21, 2016
Batu.
Seumur hidupku, tidak pernah sekalipun terlintas untuk menjalin hubungan.
Tidak setelah kepercayaan demi kepercayaan dikhianati
Tidak setelah diinjak, diherdik, dicaci.
Kupegang teguh janji itu.
Kau berjalan membawa bunga-bunga bahagia.
Kau cantum semula kelopak yang gugur ke tangkainya,
Aku yakin ada ruang untuk bahagia kita.
Kalaulah diperah segala keringat kau menahan lelah denganku,
Tidak ada empangan kan betah.
Sesekali badai menjengah,
Kau pertahan segala.
Terbit suatu rasa untuk aku pertahan cinta ini.
Apa?
Mendahulukan kebahagiaanmu
Kerana kau...
Kau yang aku sayang.
Tidak ada kata yang mampu diungkap
Tidak ada perkara di dunia mampu menafsir
Aku terkapai saat kau mahu berlalu pergi.
Aku sedar, cinta ini tidak layak buatmu.
Aku sedar, aku terlalu kerdil untuk menyayangimu.
Dengan kasih yang aku ada, aku serahkan jiwa ini.
Dengan kasih ini juga, aku cinta hingga saat terakhir.
Maafkan aku, sayang...
Cintaku tak mampu kau puja,
Cintaku tak layak untuk kau bermegah,
Cintaku hanyalah batu jalanan.

pengekspresi jalanan,
rindu,
sayang,
suarafee
Subscribe to:
Posts (Atom)