Pages

Showing posts with label pengekspresi jalanan. Show all posts
Showing posts with label pengekspresi jalanan. Show all posts

Thursday, January 21, 2016

Batu.

Seumur hidupku, tidak pernah sekalipun terlintas untuk menjalin hubungan.
Tidak setelah kepercayaan demi kepercayaan dikhianati
Tidak setelah diinjak, diherdik, dicaci.
Kupegang teguh janji itu.
Kau berjalan membawa bunga-bunga bahagia.
Kau cantum semula kelopak yang gugur ke tangkainya,
Aku yakin ada ruang untuk bahagia kita.
Kalaulah diperah segala keringat kau menahan lelah denganku,
Tidak ada empangan kan betah.
Sesekali badai menjengah,
Kau pertahan segala.
Terbit suatu rasa untuk aku pertahan cinta ini.
Apa?
Mendahulukan kebahagiaanmu
Kerana kau...
Kau yang aku sayang.
Tidak ada kata yang mampu diungkap
Tidak ada perkara di dunia mampu menafsir
Aku terkapai saat kau mahu berlalu pergi.
Aku sedar, cinta ini tidak layak buatmu.
Aku sedar, aku terlalu kerdil untuk menyayangimu.
Dengan kasih yang aku ada, aku serahkan jiwa ini.
Dengan kasih ini juga, aku cinta hingga saat terakhir.
Maafkan aku, sayang...
Cintaku tak mampu kau puja,
Cintaku tak layak untuk kau bermegah,
Cintaku hanyalah batu jalanan.

Sunday, September 6, 2015

Esok Masih Ada.

Cuba kau cerminkan kita.
Adakah terlukis bayang?
Aku berdiri di depan cermin.
Mencari refleksi
Kusentuh wajahmu, kaku
Di mana perginya kemanisan yang sering kau pamerkan?
Itu yang aku rindu
Terlalu sarat rindu yang berlabuh di pinggir jiwa ini
Menggigit segenap hati kecilku
Ke sini, sayang.
Aku perlu melafazkannya
Masih adakah esok untuk kita?
Jam terus berdetik, jarum terus berputar
Tanpa henti, tidak kehabisan bateri.
Kuingin rangkul jasadmu
Cinta ini masih ada
Masih mekar
Masih berbunga harum,
Takkan henti.
Ke sini, sayang.
Biar aku ucapkannya
Ke telingamu
Senafas cinta yang kupegang ini
Akan terus hidup.
Izinkan aku untuk terus di sini kerana
Esok masih ada.


2039, 6 September 2015
KPJ Tawakkal.

Saturday, August 29, 2015

Bukan Kerana Dia

Perjalanan ini perit.
Bukan kerana engkau, tetapi kerana batu-batu yang aku temui.
Kujalani suka keranamu
Bukan kerana dia.
Kau mengajar setiap langkah untuk aku lewati
Menggenggam tanganku,
Membawa aku ke pulau destinasi.
Kau pasang layar pada rakit
Untuk meneroka setiap jatuh bangun bersama
Hatta ia mustahil untuk tidak lemas dalam lautan racun
Kerana kau, bukan kerana dia.
Kujalani duka bersamamu, untukmu.
Bukan kerana dia.
Kau bawa aku menikmati gelora dan badai
Untuk aku muhasabah di mana letaknya cinta yang aku agungkan
Walau jelas setiap darinya melukakan
Kerana kau,
Aku belajar.
Kupeluk segala kasih, kutelan segala duka
Ini cinta yang aku damba.
Darimu, keranamu, untukmu.
Tetaplah di sini,
Kerana setiap detik waktumu,
Berhak memiliki segenap inci
Aku.

29 Ogos 2015
ICC, MSU.