Pages

Showing posts with label harapan. Show all posts
Showing posts with label harapan. Show all posts

Monday, July 29, 2013

Sedikit Coretan Buatmu.

Buat kau yang aku sayang.
Kuingin kau tahu sejak kau menerjah ruang hati ini
Tak pernah kuimpi untuk menghadapi hari esok tanpa kamu
Hanya tanganmu yang kuimpi untuk berpimpin denganku.
Buat kau yang aku sayang.
Kehadiran dia yang kini mencari tapak dalam hidupku
Tidak sedikit pun menggugah rasa ini
Buat kau yang aku sayang.
Semakin lama hubungan kita, semakin aku yakin
Engkau tetap kusayang
Engkau tetap kukasih
Selama mana nafas ini terhembus
Selama mana jantung ini berdegup
Buat kau yang aku sayang.
Maaf kiranya aku akan meninggalkan kamu
Maaf kiranya aku tidak selalu ada untuk kamu
Tidak kupilih jalan ini, jadi begini.
Sayang, engkau jiwaku
Nafasku.
Terlalu sayang dan takkan pudar walaupun jarak akan pisahkan kau dan aku.
Maaf andai aku tidak sempurna. Maaf andai aku tidak mampu buat kau bahagia.

Kau bukan milikku tetapi kau tetap kusayang hingga hujung helaan nafasku.

Wednesday, May 22, 2013

Terubah Satu Janji.

Seiring dengan waktu berlalu,
Kutahu engkau berubah.
Walaupun masih bumi berputar di atas paksinya
Walaupun langit sentiasa membiru
Walaupun sang suria masih bersinar riang.
Kau bukan yang dulu lagi
Bukan yang aku kenali
Bukan yang kumengerti.
Mungkinkah kerana kicauan burung?
Mungkinkah kerana deruan ombak?
Maafkan aku kiranya kerana aku, engkau berubah.
Di mana janji yang dulu terlafaz?
Janji yang melilit tangkai hati ini untuk terus menunggu
Janji yang pudar dimamah waktu
Janji yang kau lupakan.
Kucapai jam loceng
Menandakan aku harus pergi
Pergi dari hidupmu
Dan mungkin takkan kembali.
Aku akan pergi.
Satu masa nanti.
Selamat tinggal dia yang kurindu.

Sunday, May 19, 2013

Bertemu, Berpisah.

Setiap pertemuan itu awal perpisahan. Tidak kiralah selama mana pun suatu perhubungan. Secara peribadi bagi aku, sesingkat mana pun satu pertemuan itu, tetap selamanya akan hidup. Kuakui ada kebenaran pada kata kata seseorang: "Mungkin apa yang Finaz nakkan selama ni, Allah beri dengan cara yang berbeza. Jadi bersyukurlah dengan pertemuan kita kerana ia anugerah dari Allah." Aku bersyukur.

Setiap pertemuan, setiap perhubungan, setiap perkenalan. Tidak ada apa di atas bumi ini mampu kuluah betapa bertuahnya aku untuk mengenali insan insan yang hebat. Setiap satu darinya menjadi sebab untuk aku terus kuat. Terus sabar. Terus melangkah. Insan insan hebat inilah yang menyanjung ketika aku di atas dan mendukung bila aku di bawah. Mengenali mereka, lebih daripada cukup.

Buat sesuatu biarlah kerana Allah. Bersahabatlah kerana Allah. Ikhlaskan hati dan segala perbuatan tanpa mengharap balasan. Inilah nilai hubungan yang takkan aku gadai dengan apa sahaja walau dunia yang kau beri padaku. Untuk bertemu dengan sahabat yang baik, gerakkan diri untuk menjadi baik. Dan Allah juga berjanji, sekiranya kita ingin berubah, maka DIA 'kirimkan' orang yang baik baik untuk bersama kita.

Jujur, aku sayang setiap hubungan yang terjalin. Perkara yang paling aku takutkan, perpisahan. Amat takut. Aku takut aku tak mampu menghadapi perpisahan tersebut. Aku takut aku lemah dengan dugaan duniawi. Aku takut aku berjalan tanpa teman di sisi. Kerana itu, terkadang aku takut untuk bertemu. Kerana aku takut berpisah. Yang paling aku geruni, berpisah dan takkan berjumpa lagi. Seksa.

Kuhargai setiap yang hadir tapi ku tak rela setiap yang pergi. Buat yang membaca sedikit luahan ini, berjanjilah. Berjanjilah ia takkan mati di sini. Berjanjilah ia akan kekal hingga ke syurga. Berjanjilah walau tiada yang kekal abadi melainkan DIA.

Terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian daripada hidupku. Terima kasih kerana sudi menerima diri yang penuh cacat cela ini. Terima kasih kerana sudi menerima aku, yang sering alpa, yang lancang membuat kekhilafan. Terima kasih.

Tuesday, April 30, 2013

Bawa Jiwaku.

Bagaimana untuk teruskan perjuangan ini?
Tanpa bebayang kamu,
yang menemani aku di jalan penuh liku
Akan terus aku nanti bayang bayang ini hadir
Hadir di setiap jatuh bangun aku
Harapan
Harusnya aku berdiri
Tidak rebah tatkala meninggalkan atau ditinggalkan
Takdir jiwa mengubah langkah ini
Sedikit demi sedikit,
hadirnya engkau, menghapus luka lalu,
menarik aku daripada ditelan ombak derita
Sepi mungkin kan bertandang lagi
Mencengkam urat urat bahagia
Menghiris kelopak kasih
Jangan!
Jangan menjauh dan tinggalkan aku
Aku bersumpah takkan melupakan
Selagi jiwaku kau pegang.

0129am
20/4/2013
Di bawah cahaya lampu,
sedang keliru.

Thursday, February 7, 2013

Ajarkan Aku.

Ajarkan aku untuk melupakanmu. Aku tak mampu kerana setiap hela nafasku, aku seru namamu.
Ajarkan aku untuk meninggalkanmu. Aku terpaku. Takkan sedikit kaki kuanjak. Takkan setapak aku melangkah.
Ajarkan aku untuk menjauh. Agar tidak ditinggalkan lagi. Biarlah... Waktu berputaran.
Ajarkan aku untuk membencimu. Aku tidak tahu. Kerana kau, kasihku satu.
Ajarkan aku untuk mengerti maksud tidak memiliki. Aku tahu kau lebih memahami. Kerana engkau, kasih abadi.
Ajarkan aku untuk memerhati. Memandang dirimu dari sisi kehidupan yang lain.
Ajarkan aku untuk mendengar. Mendengar kata hati, yang pasti.
Ajarkan aku untuk mencari bayangmu. Bayang yang tidak kujumpai dalam gelita.
Ajarkan aku untuk mendakap ia. Kerana aku tahu, kau bukan milikku yang abadi.
Ajarkan aku untuk menatap matamu. Lirikan mata yang pasti akan kurindui.
Ajarkan aku untuk mengelus wajahmu. Ajarkan aku dalam mimpi indahku.
Ajarkan aku untuk menghirup seteguk kasih yang ku tak punya. Kerana engkau, kasih itu milikmu.
Ajarkan aku untuk melabuhkan tirai hidupku untukmu. Bersamamu, keranamu.
Ajarkan aku untuk mencari erti kehidupan. Pengorbanan. Kepayahan.
Ajarkan aku untuk menguak pintu hatimu. Aku tidak tahu. Kerana kau, satu dalam seribu.
Ajarkan aku... Ajarkan aku...

2252 p.m
7 Feb 2013.
Di jalanan.

Tuesday, June 28, 2011

YOU.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum :D

Yaww, suppp! Hihi, kalau sesuatu yang tak diingini terjadi, siapa yang perlu dipersalahkan? Tidak ada sesiapa ;) Well, setiap yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Bukan nak berlagak atau tunjuk pandai seperti yang dikomen oleh seseorang di ruangan chatbox, tetapi sudah kenyataan. Hmm, peritkah bila ditipu? Pasti! Tapi, adakah penipuan menjadi harga yang harus diterima? Adakah kekecewaan yang harus diterima bila diri mengharapkan sejuta angan angan? Ahh, siapa yang ada jawapannya?

Kepada seseorang, jangan mudah kecewa dengan apa yang terjadi. Segalanya pasti bersebab. Jangan merasakan di sini pengakhiran sebuah cerita. Ingat, setiap permulaan pasti ada pengakhiran. Cerita hidup anda baru permulaan. Klimaks kisah ini masih jauh dan panjang lagi perjalanannya. Masih banyak dugaan yang menanti di hadapan. Janganlah mudah putus asa kerana itu bukan sifat anda. Dan seperti yang selalu saya katakan, Allah tidak akan menguji hamba-NYA jika hamba-NYA tidak mampu menghadapi dugaan-NYA. Setiap ''hubungan'' pasti ada ujian. Mengharapkan semuanya berjalan lancar, bukanlah sesuatu yang normal. Siapa yang tahan dengan kekecewaan yang melanda kan? Tapi ingatlah, Allah sentiasa bersama kita selain keluarga dan rakan rakan. Ya, susah untuk mencari sahabat. Carilah saudara :) Walau bukan sedarah, keprihatinan sudah memadai bukan?

Babe, I know I'm not good enough untuk memberi nasihat. Tapi ingatlah, jangan mudah menangis kerana lelaki. Lelaki. Ego. Pentingkan diri sendiri. Perempuan? Hanya menyerahkan sekeping hati untuk terus dilukai. Adakah itu yang dinamakan lumrah kehidupan? Hidup tak perlu menjadi hamba perasaan, sayang. Nikmati hidup sekarang ;) Lupakan tentang lelaki -,- Mereka tidak akan faham sehingga mereka berada ditempat perempuan. Doakan kebahagiaan dia dan lupakan semuanya. Fikirkan tentang hari esok dan harapkan yang lebih indah dari semalam ;D