Pages

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru, Pendidik!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum :)




Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru di Malaysia dan dunia :D
Hmm, semula semula.

Dalam kita mengejar cita dan impian, jangan dilupa pengorbanan insan insan di sebalik kejayaan kita. Insan yang takpernah mengharapkan balasan dan wang ringgit tetapi kejayaan kita yang menjadi kebanggaan mereka. Insan yang takpernah mengenal erti lelah. Insan yang mengerah tenaga, keringat dan masa hanya untuk mendidik anak anak bangsa supaya menjadi manusia berguna. Membentuk jati diri yang mulia. Menjadikan anak anak bangsa perintis yang gemilang.

You guided me when I was lost, you supported me when I was weak, you have enlightened me all through.. For your patience and caring, kind words and sharing, I just want to say 'Thank You'! Through your encouragement and guidance, I feel I'm ready for tomorrow's challenge. Thank you for being such a great teacher for me. Thanks for everything, cikgu :)

Didedikasikan kepada semua guru di Malaysia terutama guru guru yang mengajar di Tadika Titian Kasih, SK Selayang Utama, SMK Ideal Heights dan SJ Edu Pro. Terima kasih kerana mengajar saya bukan sahaja tentang peredaran darah, Allah S.W.T dan Nabi Muhammad, Perjanjian Pangkor 1874, language, komsas, gamma ray, magnesium trisilicate, number base dan vector tetapi mengajar erti kehidupan. Erti sebuah kehidupan dan perhubungan. Terima kasih, cikgu :)

-Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara-

Seperti lilin
Sewaktu waktu akan cair
Gugur lalu membeku
Sepi pun datang menutup pandang
Tinggallah waktu
Mengakhiri sejarah panjangnya

Seperti engkau
Sewaktu waktu penyuluh hidupku
Betapa dalam kegelapan maya
Engkau perkenalkan daku dengannya
Suria dan bintang cakerawala
Sehingga seluruh jagatraya ini
Tiba-tiba menjadi milikku

Kehadiranmu adalah suatu fitrah
Lepas itu, engkau kutinggalkan
Kukira engkau kesepian kini
Mengakhiri sisa-sisa hidupmu
Tanpa belaian kasih
Ratusan anak-anakmu
Yang telah engkau berikan obor

Dan pagi ini kudakap wajahmu dalam kenangan
Seorang anak yang pernah engkau lukai
Kini pencintamu paling setia
Sehingga ke akhir hayat.

Zam Ismail
Seremban
1985.

Tuesday, May 3, 2011

Salam Takziah Buat Encik Roslan Daud

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum:)

Setiap yang hidup pasti akan mati. Dan sememangnya itu adalah ketentuan Yang Maha Esa. Tiada siapa dapat meramalkan bilakah malaikat maut bakal menjemput mereka. Tiada siapa akan mengetahui terlebih dahulu pada waktu bilakah ventrikel kiri mereka berhenti mengepam darah. Tiada siap yang tahu bila tarikh, waktu, jam, masa, minit dan saatnya roh mereka dipisahkan dari jasad yang sentiasa bersama.

Kun, Fayakun! Jadi, maka jadilah! Tiada satu makhluk pun yang boleh menolaknya. Sabtu lepas, tepat jam 12 malam, Puan Rosiah Karim iaitu ibu kepada Encik Roslan Daud telah kembali kepada Sang Pencipta. Meninggalkan keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan segalanya. Insan ini menghadap Ilahi dan pergi dengan tenang. Kalau tidak silap, Arwah memang bertarung dengan sakit. Tapi saya sendiri tidak pasti sakit apa yang dihidapinya. Tetapi, setidaknya Arwah tidak lagi menanggung sakitnya itu. Bebas.

Saya sememangnya tidak mengenali Arwah. Tapi saya yakin Arwah seorang yang sangat baik dan lembut. Berjaya mendidik anaknya iaitu bekas guru praktikal dan guru ganti di sekolah saya dan masih menjadi guru saya, Encik Roslan Daud. Seorang guru yang disayangi oleh semua warga sekolah kerana tingkahnya.

Sebak saya membaca nota dan status Encik Roslan di rangkaian sosial Facebook. Betapa dia menyayangi Arwah ibunya. Dan kita yang masih punya ibu, pernahkah rasa menyesal atas perbuatan kita masa lalu? Adakah ibu kita terluka hatinya?

Kepada Encik Roslan Daud, salam takziah buat cikgu sekeluarga. Semoga cikgu tabah menghadapi ujian-NYA. Semoga roh ibunda tercinta dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang orang yang beriman.

Al-Fatihah buat Arwah Puan Rosiah Karim...


Wednesday, February 16, 2011

Selamat hari lahir, sahabat





Assalamualaikum. Selamat hari lahir, sahabat. Jika dahulu, setiap kali tanggal 16hb Februari, pastinya ramai yang mengucap selamat kepadamu. Ada yang menyambut bersamamu. Tak kurang yang mendoakanmu semoga panjang umur. Hari ini, hari lahirmu. Yang selalunya saat yang paling ditunggu tunggu oleh semua kawan kawan kita semua sebagai tanda merdeka. Dan hari ini, aku hanya tersenyum pahit. Tiada lagi ucapan selamat mahupun gelak tawa bersama keluarga dan rakan. Yang tinggal hanya ingatan yang terlalu kukuh kepadamu. Selalunya, aku akan nampak kau berjalan di hadapan kelasku tatkala cikgu mengajar kerana kau seorang pengawas yang pastinya baru selesai menjalankan tugas. Hari ini, tinggal bebayangmu. Jika dahulu, kau akan mendapat hadiah sama ada kad atau sebagainya, hari ini, kami semua hanya mampu membaca Surah Yasin untukmu. Ya, aku hampir menitiskan airmata ketika membacanya tadi. Terlalu sebak dadaku pabila menyiram air di pusaramu. Oh, ya! Test dah makin dekat. Aku tahu, kalau masa dekat dekat exam, mesti kau struggle sangat sangat kan. Hingga akhir hayat kau pun, masih memikirkan soal pelajaran. Kau rajin, bijak. Solehah, aku rindu. Rindu tengok kau berlari lari mengejar bola sama ada ketika latihan hoki atau bola baling. Rindu tengok kau jaga time perhimpunan. Rindu tengok kau lalu depan kelas aku sambil bawa buku yang banyak. Aku sentiasa doakan kau tenang di sana, sahabat. Sentiasa. Terasa sungguh bila kau tiada. Aku tahu Allah lebih menyayangimu. Tenanglah kau di sana.

Solehah Mokhtar.
16-02-1994/6 Ramadhan 1414Hijrah
16-08-2010/6 Ramadhan 1431Hijrah




Tuesday, December 21, 2010

Nobita and Doraemon Are Gay !

I can`t believe they are gay . when I took a glance of this picture , it destroyed my childhood moment . I thought that Nobita loves Sizuka . but no ! Nobita is unfaithful bastard . he cheated on Sizuka . he is fucked up train wrecks ! arghhh !! I hate them , I hate them !! I know that Doraemon has everything and he can just grab in his pocket and give to nobita anything that he desire . but not EVERYTHING in his pocket . stupid big head blue alien cat . take a look at this picture . and you guys will know how I feel . the picture was taken at Nobita`s room when his parents are in bed . this is what they do everynight . I can`t believe it . picture says a thousand word .












why Nobita ?! WHHHHHHHHHHHHHHYYYYYYYYYYYYY ??!!!! you ruined my childhood moment !!

Chinese Movies, Malay Movies and Hindustan Movies

CHINESE MOVIES .

1 - costume diorang macam maharaja masa kini . janggut lelaki mesti panjang sampai ke lutut . pastu diorang main main dengan janggut diorang . tak terfikir ke kalau masa diorang mandi , janggut diorang tersekat celah kelangkang ? kan dah jadi spender janggut . kat kening diorang pun ada rambut panjang sampai leher . diorang ni memang nak buat spesies janggut alaf baru ke ?

2 - setiap 15 minit mesti ada perempuan masuk bagi minum teh . asyik asyik minum teh . kalau lipton campur gula sedaplah juga . teh diorang tawar . bukan tawar je , kekadang tengah minum , tersangkut akar teh kat celah gigi . kalau tengok muka diorang macam garam lepas minum teh , tu nak cover je . padahal gusi tengah berdarah :D

3- memang dalam cerita kungfu , mesti ada adegan adegan terbang sambil lawan . kadang diorang terbang siap lawan dekat lima minit , tak jatuh pulak . tapi bila nak pergi istana , diorang sampai nak mati jalan naik tangga macam kat batu caves . asal tak terbang je ? director ni suka main dengan pemikiran penonton tau . kadang rasa tertipu gila . dah boleh terbang , terbang je la . tak payah jalan . tension aku tengok movie macam ni even aku diperbodohkan ;D


MALAY MOVIES

1- dalam setiap bab emo , masa suami isteri tengah bergaduh , diorang cakap mesti tak pandang muka . yang suami pandang tepat kat kamera , yang isteri mesti duduk kat sofa belakang sambil pandang kat suami dia . cuba bayangkan kalau suami tengah marah marah , tengok isteri takde . tak ke malu ?

2 - kekadang , tukar channel tv , pelakon sama je . tv1 farid kamil tengah minum air , tv2 farid kamil kat Genting Highland , tv3 farid kamil tengah masuk dalam hutam , tv4 farid kamil tengah makan kacang tv4 mana wujud , saje nak test

3 - dalam bab orang dah nak meninggal kat katil hospital , orang tu dah la tenat , lepas tu datang pulak anak dia tak dapat terima kenyataan terus serang katil bapak dia . hentak hentak katil sampai nangis . manalah tak mati bapak dia . terus datang mengejut macam tu je . lepas tu , bila dah meninggal tak nak pulak hentak katil tu . ini baru betul anak tak guna !

4 - lagi satu bila orang dah nak mati , nafas diorang dah sampai tahap tak boleh nak nafas dah . memang tahap nak mengucap . baru nak mengucap , anak dia bagi minum air . lepas tu tersedak , terus mati . tak sempat nak mengucap . orang dah nak mati , mana boleh bagi minum air . siapa director ni ?!


HINDUSTAN MOVIES

Feveret aku ni .

1 - perghhh ! kalau nak tengok movie diorang , selagi bontot tak lebam , selagi tu tak sah . movie diorang paling sekejap pun tiga jam . kalah Lord of The Rings .

2 - diorang setiap 15 minit , kalau lelaki cakap I Love You je , terus start music . lepas tu , menari kat tanah padi , dalam hujan , ada kereta api . mula mula tu takpe la . ada dua orang je menari . lepas tu sekali datang pulak sekumpulan makcik makcik bawak bakul menari sekali . dah la tak jemput . main menari je makcik makcik ni .

3 - bila diorang menari , setiap 45 saat tak sampai seminit pun , mesti tukar baju . lepas tu lagi 45 saat tukar lagi baju . lepas tu tukar lagi . tak basah ke ketiak diorang main tukar tukar baju ? aku sehari dua kali je . diorang sejam enam kali .

4 - dalam cerita hindustan ni , memang susah nak cari hero yang dah shave janggut . sebab baru shave tunggu lima minit tumbuh lagi kan . pasal tu la hero selalu tak hensem tapi heroine hot gila even perut berlipat lipat .

5 - benda paling lawak sekali bila diorang nak cakap BI . mesti campur campur dengan bahasa diorang sikit . contohnya , '' me bohoth thums biutipul hey '' (translation ; you look so beautiful today . biutipul - beautiful)

6 - badan diorang confirm berminyak . sebelum diorang berlakon , diorang buat pesta mandi minyak dulu . baru dapat restu . tapi diorang buat macam ni sebab nak bagi nampak badan diorang lagi tough . aku pun tak tahu asal .

7 - bila bab tumbuk menumbuk , tangan belum sampai perut , DEBUSHHH dah dengar dah . lepas tu setiap kali tumbuk , benda sama dengar . DEBUSHHH DEBUSHHH . lepas tu kalau nak nampak pelakon tu kena pukul teruk , bila kena tumbuk kat muka , darah menyembur keluar dari mulut . tipu ah tu . mana boleh darah keluar banyak banyak . tengok , kena tipu lagi .

p/s ; kepada yang membaca , sorry , kalau ada kata kata yang mengguris hati . bukan kalau , memang ada pun . tapi ini semua kenyataan .

Saturday, December 4, 2010

Kronologi Pembunuhan Kejam Datuk Mazlan Idris

Disebabkan saya sangat sangat tertarik dengan kes pembunuhan bekas ADUN Batu Talam , Datuk Mazlan Idris , saya mengambil keputusan untuk menulis kronologi pembunuhan Allayarham Mazlan . Apa yang saya tertarik , di zaman moden , masih lagi ada yang percaya dengan 'semangat semangat' yang boleh menaikkan pangkat atau mengukuhkan kedudukan dalam sesuatu bidang *tidak merujuk kepada sesiapa , umum* . Dan dari satu sudut yang berlainan , sikap materialistik juga membuatkan kita alpa dan seterusnya bertindak di luar kewarasan .

Umum telah mengetahui bahawa rakyat Malaysia digemparkan dengan berita kehilangan dan seterusnya pembunuhan kejam Datuk Mazlan Idris , 17 tahun lalu .


KUALA LUMPUR : Pembunuhan yang dilakukan Mohd Affandi Abdul Rahman dan isterinya , Maznah Ismail atau lebih dikenali sebagai Mona Fandey serta pembantu mereka , Juraimi Husin , dianggap antara jenayah paling kejam di Malaysia .

Walaupun mereka menjalani hukuman gantung hingga mati pada 2001 kerana membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam , Datuk Mazlan Idris pada 1993 , setiap kali jenayah pembunuhan kejam berlaku , nama mereka akan dikaitkan sebagai 'ala Mona Fandey' .

Ini kerana dalam kes Mona , mayat mangsa dikerat 18 bahagian dan ditemui tertanam dengan simen dalam sebuah stor di belakang rumah didiami pasangan bomoh itu di Kampung Pamah Dong , Ulu Dong , Raub , Pahang .

Antara yang tidak dapat dilupakan ialah ketika membela dirinya di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 23 November 1994 , Juraimi berkata : ''Saya tetak leher Datuk Mazlan dengan kapak tiga kali , baru kepalanya putus selepas mendapat isyarat tangan daripada Affandi . ''

Menurut laporan , dia kemudian memotong sendi dan melapah kulit serta daging Mazlan selepas mendapat arahan lanjut daripada Mohd Affandi .

''Tulang dan daging itu saya masukkan ke dalam besen dan mencurahkannya ke lubang stor rumah yang digali sejak seminggu lalu dan menimbusnya . Saya kemudian menyimen lubang itu keesokan harinya (3 Julai 1993) , '' kata Juraimi .

Berikut adalah kronologi kes pembunuhan kejam tersebut ;
  • Juraimi adalah tertuduh pertama kes itu , manakala Mohd Affandi tertuduh kedua dan Mona tertuduh ketiga . Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama kerana membunuh Mazlan .
  • Mereka didapati bersalah pada 9 Februari 1995 oleh Mahkamah Tinggi Temerloh dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
  • Pembunuhan dipercayai bermotif wang kerana beberapa jam sebelum Mazlan dikerat , pasangan itu memujuknya mengeluarkan wang tunai hampir RM300 , 000 daripada beberapa bank dengan alasan boleh menggandakan jumlah itu selepas Mazlan 'mandi bunga' .
Wang itu kemudian digunakan untuk membeli kereta Mercedes Benz 280 dengan harga RM125 , 000 dan telefon bimbit RM10 , 500 secara tunai . Mereka juga membeli barangan kemas berjumlah hampir RM40 , 000 selain peralatan elektrik dan perabot (RM20 , 000) .
Mona turut menjalani pembedahan plastik dengan kos lebih RM13 , 000 pada 15 Julai 1993 .
  • 13 Julai 1993 : Juraimi ditahan di Balai Polis Dong selepas disyaki menagih dadah dan kemudian ditahan di Balai Polis Raub .
  • 18 Julai 1993 : Selepas dua minggu Mazlan gagal dikesan , Umno Bahagian Raub membuat laporan polis di Balai Polis Raub mengenai kehilangannya .
  • 19 Julai 1993 : Polis memulakan siasatan kehilangan Mazlan . Juraimi dibawa polis ke rumah di Ulu Dong dan polis menemui pita video , album gambar , keratan akhbar dan sijil saham milik Mazlan .
  • 20 Julai 1993 : Kira-kira jam 11.45 malam , Mohd Affandi dan Mona ditahan di sebuah rumah Jalan 2/27C Seksyen 5 , Wangsa Maju , Kuala Lumpur .
  • 21 Julai 1993 : Mohd Affandi dibawa ke Balai Polis Raub .
  • 23 Julai 1993 : Mayat Mazlan dijumpai di sebuah rumah di Kampung Pamah Dong , Ulu Dong , Raub Pahang . Mayatnya yang dipotong 18 bahagian tertanam di bilik stor .
  • 1 Ogos 1993 : Rangka tiga beranak ditemui di dua tempat di Terengganu , dikatakan dikerat dan ditanam hampir sama dengan pembunuhan Mazlan .
  • 10 Ogos 1993 : Polis mendapat perintah reman terhadap Mohd Affandi , Mona dan Juraimi hingga 16 Ogos bagi membantu siasatan polis berhubung kes pembunuhan seorang wanita , Fatimah Mohamad , 32 .
  • 15 Ogos 1993 : Polis menjumpai beberapa anggota manusia yang ditanam di kawasan bekas rumah yang pernah didiami pasangan bomoh Mohd Affandi dan Mona di Kampung Nelayan , Teluk Gong , Klang .
  • 17 Ogos 1993 : Polis dapat perintah mahkamah supaya pasangan bomoh itu dan Juraimi ditahan di Penjara Pudu dan Kajang .
  • 26 Oktober 1993 : Siasatan awal kes pembunuhan Mazlan bermula di Mahkamah Majistret Raub .
  • 18 Disember 1993 : Mahkamah Majistret Raub memerintahkan kes itu dibawa ke Mahkamah Tinggi Temerloh untuk perbicaraan atas tuduhan membunuh .
  • 3 September 1994 : Mohd Affandi dan Mona dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Temerloh atas tuduhan membunuh Adun Batu Talam , Datuk Mazlan Idris .
  • 12 September 1994 : Perbicaraan kes pembunuhan Mazlan bermula di Mahkamah Tinggi Temerloh . Juraimi , Mohd Affandi dan Mona mengaku tidak bersalah atas tuduhan niat bersama membunuh Mazlan .
  • 9 Februari 1995 : Mahkamah Tinggi Temerloh menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Mohd Affandi , Mona serta Juraimi kerana bersalah membunuh Mazlan .
  • 10 Februari 1995 : Mohd Affandi , Mona dan Juraimi yang didapati bersalah membunuh Datuk Mazlan , dihantar ke Penjara Kajang .
  • Antara 16 Februari 1995 hinga 20 Oktober 1997 : Mohd Affandi , Mona dan Juraimi mengemukakan notis rayuan di Mahkamah Tinggi Temerloh dan Mahkamah Rayuan .
  • 24 Oktober 1997 : Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Gopal Sri Ram , Datuk Abdul Malek Ahmad dan Datuk Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim menolak rayuan mereka .
  • 2 November 2001 : 5.59 pagi , Mona Fandey , Mohd Affandi dan Juraimi digantung serentak di Penjara Kajang .
JUMPA AYAH DI PENJARA .
'' SIAPA yang ingin dilahirkan sebagai anak pembunuh ? Saya tidak minta dilahirkan sebagai anak Mohd Affandi , tetapi Tuhan sudah menentukan begitu . Saya tidak pernah menyesal dilahirkan ke dunia . Sebagai seorang Islam , saya terima takdir saya .
Yang menyedihkan ialah sikap masyarakat yang tidak faham . Mengapa saya turut dipersalahkan di atas perbuatan ayah dan ibu tiri saya ? Adakah semua anak pembunuh turut menjadi pembunuh ? Penjahat ?
Bukan sehari dua saya menghadapi tekanan masyarakat , tetapi sejak zaman kanak kanak hingga sekarang . Saya diberhenti atau diminta berhenti empat pekerjaan dalam tempoh dua tahun lalu .
Malah , hasrat saya untuk bertunang juga tidak kesampaian apabila keluarga kekasih saya menentang hubungan kami apabila mengetahui saya ada hubungan darah dengan Mohd Affandi dan Mona Fandey .
Saya cukup tertekan kerana hubungan dengan kekasih sangat baik , walaupun dia tahu latar belakang keluarga saya .
Namun sebaik saja memaklumkan kepada keluarganya , mereka tidak dapat menerima saya dan meminta hubungan kami diputuskan .
Bayangkan perasaan ibu saya yang sudah membeli cincin dan memaklumkan kepada saudara mara supaya bersiap sedia kerana akan menghantar rombongan peminangan , tetapi akhirnya terpaksa menebalkan muka memberitahu majlis itu tidak jadi .
Sebelum itu , ketika di kolej saya pernah bercinta dengan dua gadis , tetapi akhirnya terputus selepas mereka mengetahui saya anak Mohd Affandi dan Mona Fandey .
Derita saya bukan hanya dalam percintaan , malah sukan . Saya mewakili Kelantan dan kini Kuala Lumpur dalam acara taekwando . Dalam satu pertandingan , ada peserta mengundurkan diri dan tidak mahu berlawan dengan saya apabila mengetahui saya anak Mohd Affandi kerana bimbang saya membawa ilmu arwah ayah dan ibu tiri saya .
Betapa malu dan rasa terhinanya saya . Adakah mereka menganggap saya tiada kebolehan ? Banyak lagi tekanan masyarakat yang cukup mengguris hati , tetapi apalah daya saya . Saya tidak mampu menemui semua orang dan menceritakan kesedihan dan kisah sebenar saya .
Inilah tujuan utama saya mendedahkan diri dan menceritakan kisah saya kepada Metro Ahad . Saya bukan ingin mencari publisiti . Malah , saya bersedia menghadapi 'serangan' keluarga kerana yakin saudara mara yang membaca kisah ini akan marahkan saya .
Bagaimanapun , saya cuma mahu keadilan . Saya mahu masyarakat faham dan tahu kisah sebenar dan tidak terus menyeksa saya di atas kesalahan yang saya tidak lakukan . Saya hanya mahu menjalani kehidupan normal seperti insan lain yang mempunyai kerjaya dan keluarga sendiri .
Terlalu berat rasanya untuk melangkah mengharungi kehidupan hari ini . Bayangkan kerana wajah saya mirip ayah , saya dipaksa makan pelbagai ubat oleh keluarga bertujuan mengemukkan diri supaya orang tidak cam yang saya anak Mohd Affandi .
Saya cuma mahu masyarakat tahu saya hanya membawa nama ayah , tetapi saya tidak pernah menjadi anak ayah . Saya tidak pernah mendapat kasih sayang ayah kerana arwah (Mohd Affandi) meninggalkan ibu ketika saya dalam kandungan .
Saya tidak pernah tahu siapa ayah saya sehingga saya berusia sembilan tahun apabila ibu memanggil saya dan memberitahu yang ayah saya masih hidup . Ketika itu pun saya hanya melihat wajah arwah di televisyen kerana didakwa atas tuduhan membunuh .
Berikutan terlalu gembira saya sebenarnya ada ayah , saya bercerita kepada rakan di sekolah bahawa Mohd Affandi itu ayah saya . Biasalah sebagai kanak kanak , kita tidak dapat memikirkan baik dan buruknya .
Akhirnya saya menjadi mangsa cercaan dan yang paling saya tidak dapat bersabar apabila mereka menghina dan sindir saya dengan mengaitkan nama ayah saya .
Kata-kata yang paling saya tidak dapat dengar dan terima ialah '' Kau nak jadi macam bapak kau . Bapak kau pembunuh . '' Kata kata itu menyebabkan saya menjadi 'panas hati' dan selalu bergaduh .
Sebab itu saya belajar taekawondo ketika berusia 12 tahun . Saya menjadikan gelanggang taekwondo sebagai tempat melepaskan geram dan perasaan marah hingga memperoleh tali pinggang hitam .
Kali pertama saya berjumpa arwah ayah di Penjara Kajang ketika berusia 16 tahun . Bukan seperti kanak kanak dan remaja lain yang membesar dengan kasih sayang ayah mereka , bayangkan saya berjumpa ayah kandung buat kali pertama di penjara .
Sebaik saya memasuki bilik perjumpaan tahanan dengan waris dan mengangkat telefon , ayah memanggil nama saya . Saya terkejut kerana walaupun tidak pernah berjumpa , ayah mengenali saya .
Pada pertemuan itu , ayah hanya bertanya khabar dan perkembangan saya . Pesanan ayah saya ingat hingga ke hari ini iaitu supaya jangan setakat belajar taekwondo , belajar juga silat .
Selepas itu , saya sering mengutus surat kepada ayah dan pernah berjumpanya dua kali sebelum saya menerima berita ayah akan dihukum gantung keesokannya (2 November 2001) . Sebenarnya keluarga saya mengetahui tarikh hukuman itu seminggu lebih awal , tetapi merahsiakannya dan hanya memaklumkan kepada saya pada hari terakhir .
Saya dan keluarga bertolak dari Pantai Cahaya Bulan (Kelantan) ke Penjara Kajang pada 1 November 2001 . Seingat saya , kami bertolak menaiki empat kenderaan . Sejurus tiba pada hari sama , ayah mahu berjumpa saya bersendirian manakala yang lain tidak dibenarkan masuk .
Saya di dalam bilik selama tiga jam bersama ayah . Itu kali pertama kami bersentuhan kerana sebelum itu kami dipisahkan oleh dinding kaca dan hanya berbual menerusi telefon .
Saya masih ingat kata-kata ayah yang mengaku dia tidak bersalah . Menurutnya , dia tidak membunuh Datuk Mazlan (Idris) , sebaliknya semua itu angkara Mona dan Juraimi Husin . Bagaimanapun , arwah berkata dia menerima takdirnya .
Saya difahamkan oleh petugas penjara , ayah berpuasa selama tiga tahun secara berterusan sehingga hari kematiannya .
Saya tidak tahu adakah ayah berpuasa kerana insaf di atas apa yang berlaku . Saya tidak berhak memberi pandangan dan andaian kerana itu antara ayah dan Allah SWT .
Yang pasti , ayah sudah menerima balasannya . Yang menghairankan ialah , mengapa masyarakat masih menghukum zuriatnya yang tidak tahu menahu mengenai kejadian (pembunuhan Mazlan) yang berlaku .
Kami semuanya tiga beradik (daripada zuriat Mohd Affandi) . Abang saya berusia 31 tahun *sekarang , 2010* adalah anak hasil perkahwinan pertama manakala adik perempuan saya , Mazdiana , 22 tahun *sekarang , 2010* , adalah anak hasil perkongsian hidup dengan Mona .
Setiap kami mempunyai pengalaman sedih . Bagaimanapun , antara ketiga tiga anak ayah , saya seorang yang berjaya disembunyikan daripada media hinggalah hari pengebumian ayah .
Sejak itu hidup saya berubah . Saya tidak tahu bila derita saya akan berakhir , tetapi saya tidak berhenti berdoa .
Kepada masyarakat yang membaca kisah saya , saya hanya berharap mereka faham , saya juga ciptaan Allah yang ingin melalui kehidupan dengan penuh ketenangan .
PERTEMUAN SEDIH TIGA JAM .
KUALA LUMPUR : Bagi Mohd Hafizi , pertemuan terakhir selama tiga jam sebelum ayahnya , Mohd Affandi Abdul Rahman menjalani hukuman mati adalah sesuatu yang penuh emosi dan tidak akan dilupakannya sehingga akhir hayat .
'' Pada hari itu saya lihat ayah cukup tenang , walaupun mengetahui dia hanya ada beberapa jam untuk hidup . Antara lain , arwah melahirkan rasa kesal kerana tidak dapat membesarkan saya dan adik-beradik lain .
'' Dia juga menasihatkan saya supaya tabah melalui kehidupan ini . Ia sesuatu yang saya cuba pegang selama ini , tetapi tidak berdaya , '' katanya .
Mohd Hafizi berkata , pada hari itu juga , dia pertama kali bertentangan mata dengan ibu tirinya , Mona Fandey yang datang ke bilik dia bersama ayahnya . Mona memberi semangkuk tom yam , tetapi dilarang makan oleh Mohd Affandi .
''Ayah cuma kata biarlah ia di situ . Tak payahlah makan , '' katanya .
Mohd Hafizi berkata , dia juga terkejut apabila diminta mengecam jenazah ayahnya selepas menjalani hukuman gantung .
'' Ayah berkata dia mahu saya yang mengecam mayatnya . Dia tak mahu orang lain dan dia juga meminta saya supaya tidak menangis . Keesokannya (2 November 2001) ketika mengecam jenazah ayah , memang saya tiada perasaan sedih langsung .
'' Saya lihat ayah seperti orang tidur . Mengikut pegawai penjara yang menyaksikan ayah menjalani hukuman gantung , ayah tidak melawan . Sebaik tali dilepaskan , ayah terus menghembuskan nafas terakhir , '' katanya .
Mohd Hafizi berkata , dia meminta jenazah ayahnya ditanam di Kelantan , tetapi trak yang membawa jenazah terpaksa berpatah balik dan ditanam di Kajang berikutan diekori jurugambar .
''Itu sebabnya jenazah ayah dan Mona ditanam bersebelahan , manakala jenazah Juraimi dibawa ke kampungnya .
'' Saya tidak mahu melukakan hati mana mana pihak , terutama keluarga ibu tiri saya , tetapi saya membuat keputusan mengebumikan ayah di Kelantan kerana ayah ada menyatakan hasratnya kepada saya , kalau boleh dia ingin ditanam di negeri kelahirannya .
'' Ayah juga tidak mahu mayatnya ditanam di sebelah Mona . Saya tidak tahu sebabnya . Malah , kata pegawai Penjara Kajang , ayah menceraikan Mona sebelum mereka menjalani hukuman gantung , '' katanya .
Bagaimanapun , Mohd Hafizi tidak mahu mengungkit episod sedih itu kerana ayah dan ibu tirinya kini tiada .
''Biar apa sekalipun dosa mereka, pembalasan sebenar adalah di akhirat . Hanya Allah SWT yang mengetahui dan mereka sudah menjalani hukuman di dunia . Saya berdoa semoga Allah menguatkan iman saya melalui kehidupan ini sebagai seorang Islam yang patuh dengan ajaran-Nya .
'' Saya juga berdoa hubungan dengan abang dan adik akan bertambah erat kerana pada masa ini kami terpisah berikutan masing-masing dijaga keluarga berbeza dan dikawal ketat bagi mengelak orang lain tahu mereka anak Mohd Affandi , '' katanya .
Ditanya adakah Mohd Affandi menurunkan ilmu perbomohan kepadanya , Mohd Hafizi berkata , ayahnya ada memaklumkan perkara itu , tetapi dia kurang pasti apa dimaksudkan .
'' Ayah cuma berkata saya akan mendapat sesuatu , tetapi ia tidak dinyatakan secara jelas . Demi Allah , saya tidak pernah meminta dan mengimpikan sebarang ilmu daripada ayah .
'' Namun , andai ditakdirkan ilmu itu diperturunkan kepada saya , saya berazam menggunakannya pada jalan kebaikan . Saya percaya sebagai seorang Islam , jika kita menggunakan ilmu yang ada di jalan kebaikan , ia akan membawa keberkatan , '' katanya .
Mohd Hafizi mendakwa , antara 'kelebihannya' sekarang yang tidak dipelajarinya ialah mampu mencari benda hilang dan mahir bersilat .
'' Ia hadir secara tiba tiba , tetapi saya gunakan di jalan kebaikan seperti menolong orang mencari sesuatu yang hilang dan pada masa sama mengajar ilmu mempertahankan diri di sebuah institusi pengajian tinggi secara sambilan , '' katanya .
Bagaimanapun , Mohd Hafizi tidak mahu memikirkan sangat perkara itu kerana tumpuannya sekarang ialah mendekatkan diri kepada Allah dan menjadi insan berguna dalam masyarakat .
Dipetik dan diubahsuai daripada Metro Ahad , Februari 2006 .

Tuesday, November 30, 2010

Why People Are So Ungrateful ?

I've been thinking about something that bothers me. People are ungrateful. I see kids yelling for an ice cream, because they don't like their current taste. Of course, they're kids. But man, be happy with what you have. People are jealous because some friend bought an iPhone 4. Be happy with what you have. You have a house to live in, you can go to college, you can get a job. Others in the world don't have any of them. People wish for more. They got a nice house and nice car. But they still wish to have a triplex penthouse on Binjai On The Park or at least, a bungalow at Seri Hartamas. They already have Honda Accord or Toyota Wish but the still want more. They want BMW 5 Series Sedan or at least, BMW 335i. So ungrateful, right? They have a job. Nothing is wrong with making a wish, but people who already have a lot wish for more. What about the poor? Some people deny to eat some food, simply beacuse they don't like it. They don't realise that somewhere in the world there are kids who would kill for that.

Why people are so ungrateful ?

Because some people were given everything they want. I think that what make some people ungrateful or they have not really experienced hardship in their lives. So if they do, they learn to appreciate the little things in life. Because it's always been there, they don't see it as amazing or special, or the beauty in it. I could see a great sunset every evening and always feel great appreciation for the wonders of this world, how wondrously. But, most people who have had something handed to them don't know how to appreciate and take for granted. They not been in the position of going through a lot in order to obtain something. Throughout their lives, they have had things handed to them. Especially in relationships, most people are so ungrateful when a person who is good them, and they take advantage of someone else. They are so blind to see. These things derived from being self-centered and full of pride. A lot of people who are ungrateful, most of them are things who take other and people for granted. That is for sure.

Be happy and appreciate what you have :)


Saturday, November 27, 2010

Faktor faktor Yang Mempengaruhi Motivasi Intrinsik

i) Persepsi Kebolehan

Seseorang itu membentuk kebolehan yang dipersepsi daripada penilaian berkenaan kebolehannya oleh orang lain. Kebolehan yang dipersepsi daripada penilaian berkenaan kebolehannya yang sebenar. Semakin tinggi pencapaian seseorang pelajar, semakin besar kemungkinan pelajar itu menilai dirinya sebagai berkebolehan. Kebolehan yang dipersepsi ini mempengaruhi bagaimana pelajar itu rasa berkenaan dirinya. Pelajar yang mempunyai kebolehan yang dipersepsi yang tinggi kemungkinan besar mempunyai keyakinan diri sendiri. Pelajar ini sukakan cabaran, mempunyai sifat ingin tahu dan bertindak bebas bagi mencapai kemahiran.


ii) Persepsi kawalan

Menurut Cole dan Chan (1987), pendapat pelajar berkenaan punca kawalan iaitu sebab-sebab kejayaan dan kegagalan adalah persepsi kawalan. Kajian-kajian yang dijalankan oleh Harter (1981), Nicholls (1984) dan Weiner (1984) menunjukkan, pelajar menyatakan kejayaan dan kegagalan mereka di sekolah disebabkan oleh punca-punca dalaman yang dapat dikawal seperti usaha sendiri dan berupaya berusaha dalam keadaan sebenar.


iii) Perasaan dalam pembelajaran

Perasaan merangkumi sikap, nilai, minat dan pilihan yang ditunjukkan oleh individu pada sesuatu benda, perkara ataupun orang. Di sekolah, perasaan yang ditunjukkan oleh pelajar berkait dengan mata pelajaran yang dipelajari, guru dan sekolah. Seseorang pelajar mungkin mempunyai perasaan positif pada sesuatu mata pelajaran. Dia lebih sukakan mata pelajaran ini daripada mata pelajaran lain. Dia akan berusaha dengan giat bagi mendapatkan gred yang tinggi bagi mata pelajaran ini. Gred yang baik akan meyakinkannya yang dia betul-betul berkebolehan dalam bidang itu. Di sini, dapat dikatakan yang perasaan pelajar pada sesuatu mata pelajaran mempengaruhi pencapaiannya dan pencapaian ini mempengaruhi motivasinya. Kelakuan dan tugasan individu dipengaruhi oleh kebolehan dan caranya mengawal keadaan. Konsep kendiri positif memberi keyakinan kepada individu yang dia mampu melakukan sesuatu tugasan. Selain itu, individu dapat menentukan sendiri tugasannya. Dia akan melibatkan diri dalam tugasan itu dan juga matlamat yang mendatangkan kejayaan kepadanya. Individu hanya akan mempunyai konsep kendiri yang dia berkebolehan dan dapat mengawal usahanya sekiranya dia mempunyai motivasi intrinsik untuk berusaha tinggi . Terdapat pelbagai cara yang dapat dilakukan bagi membantu pelajar dalam mempertingkatkan motivasi intrinsik mereka. Ramalan keadaan Rothaum, Weisz dan Synder (1982) berpendapat, cara bagi mempertingkatkan persepsi diri pelajar pada kebolehan dan kawalan usaha adalah dengan mewujudkan keadaan yang dapat diramalkan bagi membolehkan mereka belajar. Tingkah laku produktif wujud sekiranya keadaan dapat diramal. Bandura (1986) pula mengatakan, individu mengalami ketegangan sekiranya dia bekerja dalam suasana yang dia tidak dapat mengawalnya dan dia tidak mempunyai kebolehan. Ini mendatangkan dua implikasi. Pertama, dia mungkin menarik diri iaitu tidak melakukan tugasannya. Kedua, dia mungkin menjadi terlalu bergantung pada orang lain dalam melakukan tugasannya. Guru dapat memainkan peranan dalam mengurangkan ataupun menangani ketegangan ini. Contohnya, dengan menganjurkan program orientasi kepada pelajar baru. Ini dapat mendedahkan mereka kepada situasi baru di sekolah itu. Minat intrinsik dalam pelajaran dapat dikekalkan dengan memberi tugasan yang seimbang. Tugasan itu perlu seimbang iaitu ada soalan yang mudah dan ada soalan yang sukar. Yang penting, persepsi diri pelajar tidak terjejas. Pelajar perlu melahirkan kebolehan yang baru bagi mengekalkan motivasi intrinsik.


iv) Bantuan pengajaran

Faktor yang dapat meningkatkan konsep kendiri pelajar berkenaan kebolehannya adalah kejayaan dalam sesuatu tugasan. Biasanya pelajar memerlukan bimbingan guru dalam melaksanakan tugasan yang sukar. Guru biasanya memberitahu pelajar prosedur bagi menyelesaikan tugasannya. Guru jarang memberi peluang kepada pelajar memikirkan cara tersendiri bagi memperoleh kejayaan dalam tugasannya. Guru sebaik-baiknya mendedahkan pelajar kepada kemahiran membuat keputusan sendiri. Biarkan pelajar membuat keputusan sendiri tetapi dengan bimbingan guru. Ini dapat meningkatkan motivasi intrinsik pelajar. Cara lain yang dapat dilakukan adalah dengan memberi bantuan pengajaran kepada mereka. Ini dapat dilaksanakan melalui tiga cara;

1. Menunjukkan contoh
  • Guru perlu menunjukkan contoh berkenaan apa yang pelajar perlu lakukan. Ini lebih baik daripada memberitahu pelajar berkenaan apa yang mereka perlu buat. Ini membolehkan pelajar menghayati sifat-sifat yang terdapat dalam contoh itu. Dalam keadaan ini, guru memberi peluang kepada pelajar supaya berfikir, mengawal usaha dan menentukan bagaimana serta sejauh mana pelajar bergantung pada contoh-contoh yang diberi.

2. Pembahagian tugas

  • Strategi ini membolehkan guru memberi tugasan yang mencabar kepada pelajar. Tugasan dapat dibahagi kepada bahagian-bahagian kecil dan setiap bahagian dilakukan oleh beberapa orang pelajar. Contohnya, sebelum guru meminta pelajar mengarang sebuah esei, guru akan meminta pelajar menyediakan rangka esei. Guru terlebih dahulu membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan kecil dan setiap kumpulan diberi tugasan kecil seperti bahagian pengenalan, isi-isi penting dan penutup. Perbincangan diadakan sebelum setiap pelajar mengarang esei itu secara individu.

3. Berkongsi tugasan

  • Pendekatan ini hampir sama dengan pendekatan pembahagian tugasan. Kedua-dua pendekatan ini memerlukan tugasan dibahagi-kan kepada tajuk-tajuk ataupun bahagian-bahagian yang lebih kecil. Contohnya , dalam aktiviti menghasilkan dokumen berkenaan sejarah Malaysia. Tajuk ini dapat dipecahkan kepada beberapa contoh kecil dan kumpulan kecil pelajar hanya perlu membuat satu tajuk kecil. Kemudian, maklumat tajuk-tajuk kecil ini digabungkan bagi menghasilkan satu dokumen yang lengkap.

Friday, November 12, 2010

Perpisahan Menuntut Pengorbanan

Perpisahan. Perpisahan akan terjadi di mana mana dan pada bila bila masa. Sama ada kita suka atau tidak. Rela atau tidak. Dan aku? Tidak suka dan tidak rela. Memang benar kata orang. Setiap pertemuan ada perpisahan. Tapi bagaimana jika aku tak mampu menghadapi perpisahan itu? Bagaimana jika aku masih belum bersedia untuk itu? Hanya airmata sahaja yang menjadi peneman tatkala aku menghadapi perpisahan yang pastinya tak pernah aku minta . Airmata yang sangat setia suka dan duka. Sentiasa ada. Dan aku memegang pada kata orang, pertemuan itu merupakan awal perpisahan. Walau perpisahan itu amat pahit untukku telan, tapi, aku terpaksa. Biarlah aku telan kepahitan ini jika itu lebih membahagiakanmu. Sayang tidak semestinya bersama. Dan setiap perasaan menuntut pengorbanan. Biarlah pengorbanan itu menjadi bukti bahawa aku menyayangimu.

Monday, November 8, 2010

Rahsia Di Sebalik Rahsia

Setelah lama berteka teki , akhirnya terjawab juga persoalan aku . Benarlah kata orang , jika seseorang merahsiakan sesuatu , pasti ada sebabnya . Tak semestinya jika rahsia itu tetap menjadi rahsia , bermakna orang tidak mahu berkongsi . Segalanya ada sebab musababnya . Tidak perlu dipersoalkan kenapa dan bagaimana . Bila sampai waktunya , semua persoalan akan terjawab . Tidak kiralah sebagaimana risau atau macam mana pun sifat ingin tahu itu , bersabarlah . Biasalah , sifat sabar tu amat dituntut dalam kehidupan kan . Sama juga macam aku . Bersungguh sungguh aku mencari jawapan . Tapi tak kutemui apa yang aku cari . Dan secara tiba tiba , jawapan itu datang dengan sendirinya . Aku rasa agak puas dengan jawapan itu malahan aku tak tahu apa harus kukatakan . Agak terdiam tanpa kata , kelu lidah aku . Ohh , itu yang terjadi rupanya . Memang tepat jangkaanku . Tidak meleset kali ini . Apalah yang mampu aku tolong melainkan doa ? Aku sayang tapi aku tak tahu apa harus aku lakukan . Ahh , tak perlulah aku fikirkan . Ia akan datang bila tiba masanya . Cuma aku bersedia atau tidak . Aku tidak bersedia lagi . Perlukah aku meratap atau membiarkan ? Em , hargailah seseorang yang kita kasihi sewaktu dia masih ada di sisi . Mungkin saat ini dia masih mampu bergelak tawa bersama kita . Jangan disesali bila dia sudah tiada nanti .
p/s ; saya tetap sayang . kawan kawan , sayanglah selagi mampu , kasihlah selagi perlu .